Saturday 15 June 2019

Prinsip perakaunan pengasingan untung rugi forex


Dicas Peperiksaan: Kertas 1 Prinsip Perakaunan. Berdasarkan soalan tahun-tahun lepas, saya dapat merumuskan beberapa skillkemahiran yang perlu ada ketika menjawab soalan kertas satu. InsyaAllah dengan adanya skil ini, pelajar sekurang-kurangnya boleh mendapat betul 20 soalan kertas 1. Faham tahu ingat prinsip-prinsip dan konsep asas perakaunan. (Rujuk soalan 2, SPM 2008) Ingat ciri-ciri jenis perniagaan (milkan tunggal, perkongsian, syarikat berhad) (rujuk soalan 1, SPM 2009) Mahir dalam mengkelas item aset, belanja, liabiliti, ekuiti pemilik dan hasil dengan contoh yang diberikan ( Cth: Aset Kenderaan, liabiliti belanja terakru). (Rujuk soalan 2, SPM 2006) Mengetahui sifat ciri-ciri aset, belanja, liabiliti, ekuiti pemilik dan hasil (cth: Aset semasa digunakan untuk tempoh setahun atau kurang) (rujuk soalan 4, SPM 2005) Tahu mengira untungrugi kasar atau untungrugi bersih Daripada rumus asas penyata pendapatan (rujuk soalan 5, SPM 2007) (cth: Jualan Kos jualan Untungrugi kasar Hasil Belanja Untungrugi bersih) Tahu fungsi asas dokumen (tujuan dikeluarkan) seperti untuk Jualan, Pulangan, membetulkan invois dll. (Rujuk soalan 7, SPM 2007 dan soalan 8, SPM 2008) Mahir kesan urusniaga ke atas persamaan perniagaan. (Rujuk soalan 5, SPM 2009) Mahir merekod urusniaga mengikut system catatan bergu (sama ada daripada dokumen sumber atau pernyataan urusniaga). (Rujuk soalan 11, SPM 2007, soalan 14, SPM 2008 dan soalan 8, SPM 2009) Tahu kedudukan butiran di dalam Imbangan Duga (sama ada debit atau kredit) mengikut persamaan perakaunan (ABLEH). (Rujuk soalan 14, SPM 2009) Tahu mengira angka pengimbang (sama seperti mengira baki hb lejar) di dalam Akaun Kawalan Penghutang atau Kawalan Pemiutang bagi mendapatkan amaun Jualan kredit atau Belian kredit. (Rujuk soalan 16, SPM 2008) Boleh mengira pelarasan bagi terakru dan terdahulu (rujuk soalan 18, SPM 2007). Boleh mengenalpasti item yang muncul dalam Penyata Pendapatan dan juga item Kunci Kira-kira. (Rujuk soalan 25, SPM 2006) Boleh mengira pembahagian untungrugi pekongsi di dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi mengikut nisbah pembahagian untung. (Rujuk soalan 26, SPM 2007) Boleh menyediakan Akaun Yuran untuk Kelab Persatuan. (Rujuk soalan 31, SPM 2007) Boleh mengira modal bagi rekod tak lengkap. (Rumus: Modal Aset Liabiliti) (rujuk soalan 36, SPM 2008) Boleh mengira pendapatan bagi rekod tak lengkap (perbandingan). (Rujuk soalan 33, SPM 2009) (Rumus: Untung Modal Akhir Ambilan Modal awal Modal tambahan) Boleh mentafsirkan nisbah terutamanya Nisbah Semasa dan Kadar Pusing Ganti Stok (rujuk soalan 39, SPM 2009) Navigasi kiriman Statistik Blog Cg. Lan8217s Twitter Kiriman Terbaru Rakan PerakaunanFriday, 11 de novembro de 2017 Ekuiti pemilik ialah modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan dan juga untung yang dilaburkan semula dalam perniagaan. Bagi perniagaan perkongsian, sumbangan modal oleh pekongsi disebut sebagai ekuiti pemilik. Dari segi catatan perakaunan, catatan urus niaga bagi perkongsian adalah sama seperti perniagaan milikan tunggal. Bezanya adalah dari segi merekod modal dan pembahagian untung rugi. Setiap pekongsi disediakan satu Akaun Modal de satu Akaun Semasa. Akaun-akaun Modal dan Semasa bagi setiap pekongsi ditunjukkan secara berasingan dalam Kunci Kira-kira. Bagi perkongsian juga, ada satu akaun tambahan yang dinamakan Akaun Pengasingan Untung Rugi. Akaun Pengasingan Untung Rugi ini disediakan selepas intung rugi bersih ditentukan dalam akaun penamat. Akaun Pengasingan Untung Rugi digunakan untuk menunjukkan pembahagian untung rugi antara pekongsi-pekongsi selepas mengambil kira gaji pekongsi, faedah atas modal dan faedah atas ambilan. Setiap pekongsi dalam perkongsian disediakan satu Akaun Modal. Sumbangan modal pekongsi-pekongsi dikreditkan ke dalam Akaun Modal masing-masing. Terdapat dua kaedah merekod modal: Kaedah modal tidak tetap. Kaedah modal tetap. Akaun Semasa ialah satu akaun tambahan kepada Akaun Modal. Ia digunakan untuk mencatat segala butir-butir yang akan mengurangkan atau menambahkan modal selain daripada sumbangan modal. Butir-butir yang akan mengurangkan modal ialah apa yang harus dibayar por pekongsi-pekongsi kepada perkongsian. Contoh butir-butir yang mengurangkan jumlah modal pekongsi ialah ambilan, faedah atas ambilan dan konsi rugi jika ada. Butir-butir yang akan mengurangkan jumlah modalnakan didebitkan ke dalam Akaun Semasa dalam kaedah modal tetap. Butir-butir yang menambahkan modal adalah apa yang harus dibayar oleh perkongsian kepada pekongsi. Contoh butir-butir yang menambahkan modal ialah faedah atas modal, faedah atas pinjaman, gaji, bônus dan kongsi untung. Butir-butir yang menambahkan modal akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa. Akaun Semasa yang mempunyai baki kredit menunjukkan perkongsian berhutang kepada pekongsi. Jika Akaun Semasa mempunyai baki debit, ini bermakna pekongsi berhutang dengan perkongsian. Pengiraan dan Cara Merekod Faedah Atas Ambilan Faedah atas ambilan ialah faedah yang dikenakan ke atas jumlah ambilan oleh pekongsi. Faedah ini dikenakan untuk mengurangkan ambilan dikalangan pekongsi kerana ambilan akan mengurangkan modal dalam bentuk tunai atau aset. Maka, Akaun Semasa pekongsi didebitkan dengan jumlah ambilan. Faedah atas ambilan biasanya dikira secara peratus atas jumlah yang diambil. Kadar faedah ke atas ambilan ditentukan dalam perjanjian perkongsian. Walau bagaimanapun, dalam Akta Perkongsian faedah tidak dikenakan atas ambilan. Catatan bergu bagi faedah atas ambilan: Dt. Akaun SemasaKt. Akaun Pengasingan Faedah Atas Modal Faedah atas modal ialah faedah yang diberikan ke atas modal yang disumbangkan oleh pekongsi. Kadar faedah ini juga ditetapkan dalam perjanjian perkongsian. Pekongsi adalah tidak berhak menerima faedah atas modal menurut Akta Perkongsian. Faedah atas modal dikira berdasarkan jumlah modal yang disumbangkan pada awal tempoh masa perniagaan. Tujuan: untuk menggalakkan pekongsi menyumbang lebih banyak modal dan menerima lebih ganjaran kerana sumbangan modal. Catatan bergu bagi faedah atas modal ialah: Dt. Akaun PengasinganKt. Akaun Semasa

No comments:

Post a Comment